Dapatkan SEGERA .......
N001 KERANAMU AIN - NOOR SURAYA - RM 10
TERBITAN CREATIVE ENTERPRISE
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna.
N002 RUMAH SEWA - RUHAINI MAT DARIN - RM 13
TERBITAN SYKT FAJAR
Daun pintu berbentuk hati itu terbuka perlahan. Dia memerhati kearah tingkap yang terbuka luas itu setelah sekian lama tidak berpenghuni. Bibirnya menguntum senyuman. Akhirnya sejarah dua puluh lima tahun lampau telah dibuka lembaran baru hari ini. Setelah berabad rumah penuh sejarah silam itu sepi kini tiba-tiba berpenghuni. Dia melebarkan senyuman penuh makna. Kih...Kih...Kih...Ada hiburan.
N003 KAU KEKASIHKU - ANIS AYUNI - RM 15
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
Dhira sedar perkahwinan bukan janji syurga..bukan janji bahagia, tapi baginya sepenuh hati dan jiwa dipertaruhkan. Sangkanya mereka berkongsi impian yang serupa tapi rupa-rupanya kahadirannya tidak bermakna apa-apa. Sungguhpun kesuciannya tidak tercela,namun dia difitnah oleh siapa sehingga si suami tidak mahu menyentuhnya? Dia ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis air. Adakah lelaki sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula selama mana harus membiarkan hati terus terluka? Dapatkah Dhira mengecapi kebahagiaan bersama suaminya?
N004 UNTUKMU HANA - SALINA IBRAHIM - RM16
TERBITAN CREATIVE ENTERPRISE
TERBITAN CREATIVE ENTERPRISE
Pilu dan keliru...segalanya bermukim di jiwa. Mentari yang bersinar ceria rupa-rupanya membawa cerita duka. Dia bukan permata hati mama, bukan juga srikandi papa. Dia entah siapa-siapa...entah susur galurnya di mana? Entah apa keturunannya? Lalu Hana Athirah memulakan misinya mencari salah silah diri. Namun tatkala berhadapan dengan kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Ibu rupa-rupanya wanita sejati, seorang srikandi. Dia kian keliru dengan kasih sayang ibu yang tidak bertepi....
N005 RELA KUMENANTI - DAMYA HANNA - RM 13
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
SINOPSIS : Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa berhadapan dengan Liyana dan Mylia yang pendendam, begitu juga dengan Luqman dan Zamil yang mengharapkan kasihnya.Cinta tiga segi memang menyakitkan. Nurin mengerti perasaan Zamil namun dia sengaja berdolak dalih mengatakan lelaki itu hanya kawan. Demi tidak ingin satu ikatan saudara terputus dia sanggup berkorban.Lalu di antara mereka ada yang terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Bagi Nurin, dia rela menanti sehingga ada yang sanggup mengikat setia kasih ini.
SINOPSIS : Demi cinta, Genelia hanya mahu jauh dari keluarga. Demi sahabat, Hafidz hanya mahu jauh dari curiga. Lalu mereka lakukan perkara yang serupa, berbohong. Dan pembohongan itu mencengkam hati lantas dengan nama cinta mereka berikrar mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul, kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak lantas mahu miliki cinta sepenuhnya. Bagaimana pertemuan boleh merubah segalanya?
N007 SETIA MENANTI - FAUZIAH ASHARI - RM 13
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
Pandang pertama memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk hatinya agar melupakan lelaki itu. Bertahun merawat hatinya sehingga takdir memnemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina dan berusaha untuk meraih cinta si gadis. Namun setelah janji diikat, kemunculan Fatihah merubah segalanya. Tindakan Akid Ajmal yang sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya merobek hati Adrina. Kemunculan Zulfaris merawat luka Adrina. Bolehkah Zulfaris membahagiakan Adrina? Antara cinta dan belas yang manakah pilihan Adrina?
N008 GERIMIS DI HATI - SHARIFAH ABU SALEM - RM 8
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
Emily datang ke Malaysia untuk berjumpa ayahnya Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima hartanya.Sharifah Yasmin tidak dapat menerima Emily sebagai adik yang bakal menerima harta ayahnya. Melihat kemesraan Tengku Farid dengan Emily menambahkan kebencian di hati Syarifah Yasmin. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memisahkan Tengku Farid dan Emily. Berjayakah Tengku Yasmin melakukannya? Bagaimana kesudahan hubungan cinta antara Emily dengan Tengku Farid?
N009 JANJI DIANA - SHARIFAH ABU SALEM - RM 7
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
Diana...dirinya terbiar hanyut dalam arus dendam. Dia masih dibelenggu masa lalu yang penuh noda dan sengketa. Dia terus mencari bahagia walau ditemani duka.
Haikal..... sukarnya mempercayai wanita setelah cintanya ternoda. Pertemuan dengan Diana terjadi pada saat hati terluka,lantas kemesraan pun berputik sesama mereka.
Segalanya indah, segalanya membahagiakan. Mungkinkah kasih dua insan ini akan kesampaian, impian menjadi kenyataan?
N010 SEKUNTUM BUNGA, SEKEPING KAD, SERAUT CINTA
AHADIAT AKASHAH - RM 8
TERBITAN ROKET KERTAS
TERBITAN ROKET KERTAS
SABRINA..... Aku masih ingat kali pertama aku melihat lelaki itu. Di wajahnya tergambar resah walaupun dia cuba menyembunyikannya. Dia sering menghabiskan masanya di atas batu. Dia orang luar. Bukan orang kampung ini. Dia tinggal menyewa di sebuah rumah lama di tepi pantai. Segala-galanya bermula di sini. Lelaki itulah yang telah mewarnakan kehidupan aku.
RYAN ISKANDAR....Aku melarikan diri ke kampung di tepi laut ini kononnya untuk mencari damai. Disinilah segalanya bermula. Pertemuan dengan Sabrina membuah cinta, namun kehadiran Rendra merubah segalanya. Antara aku dan Rendra siapakah yang menjadi pemilik sekeping hati Sabrina.
N011 SAAAT CINTA BERSEMI - DAMYA HANNA - RM 13
N013 BAYANGAN RINDU - ANIS AYUNI - RM 11
TERBITAN ALAF 21
Umar Aisy : Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I. Sesungguhnya rasa cinta ini akan I simpan sampai akhirnya. Bagi I kebahagiannya adalah keutamaan I. Berada di sampingnya sudah cukup menggembirakan I.
Iddya : Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata ; tak dapat berkasih cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta. Sesungguhnya telah lama hadir rasa ini terhadap dirimu cuma aku yang khilaf tidak menyedarinya. Aku mengejar mimpi bayangan sedangkan realitinya sentiasa di hadapanku. Lalu harus bagaimana aku perlu berhadapan dengan dirimu kelak.
N014 SENTUHAN CINTA - HAIZA NAJWA - RM 13
TERBITAN ALAF 21
Hanya kerana dendam Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain yang cantik sebagi hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu. Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis sedikitpun lantaran kasihnya kepada wanita yang dianggap ibu itu. Bagi dirinya Tajiyah adalah satu-satunya wanita yang cantik dan insan yang paling menyayanginya. Demi mendapatkan kasih si ibu, segala kata-kata dan arahan Tajiyah dituruti dengan rela hati. Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain mengenal dirinya sendiri? Mungkinkah selamanya Hurin Ain merasakan dirinya hodoh dan tidak layak bergandingan dengan mana-mana lelaki? Adakah terciptanya bahagia untuk insan yang bernama Hurin Ain?
N015 CINTA MARISSA - KREISYA REISYA - RM 5
TERBITAN ALAF 21
Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi. Dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan, Marissa menyamar sebagai orang biasa. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah. Perkenalannya dengan Adibah, Isykal, Umi Nor, Iqbal dan Esparenza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam Marissa jatuh hati dengan Iqbal yang pendiam. Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulah tragedi yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Iqbal yang merasa bersalah atas tragedi tersebut tampil untuk menjadi penyelamat maruah Marissa. Adakah Marissa menerima Iqbal? Ikhlaskah Iqbal terhadap Marissa? Mungkinkah ada bahagia menanti kedu-duanya?
TERBITAN ALAF 21
Nur Dhuha tidak pernah mengimpikan duka. Namun takdir telah menulis kehidupannya terus dirundung malang. Dendam Syamir begitu mendalam walau episod duka telah lama berlalu. Dia masih belum puas menyeksa hidup si gadis. Nur Dhuha bukan setakat didera mental dan fizikal seolah dia tidak layak hudip di muka bumi ini. Walau derita, jauh di sudut hati , dia masih mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir mencapai ke kemuncak sehingga dia tega menghilangkan diri. Adakah kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir? Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Dhuha mengecap kebahagiaan?
N012 SELAGI ADA DIA - AISYA SOFEA - RM 15
TERBITAN ALAF 21
TERBITAN ALAF 21
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Lelaki itu berjanji menjadikan dirinya sebahagian dari hidupnya. Namun kasih yang disulam, janji yang termeterai terlerai setelah terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menokhtahkan segalanya. Tahun berlalu, hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hatinya masih tertutup rapat buat insan bernama lelaki. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan dan kejujuran. Lalu bagaimana,sampai bila dia harus menunggu? Sampai bila dia harus hidup dalam kenangan? Ataau tidak adakah ruang buat insan bernama Arianni untuk mengecap kebahagiaan?